Wednesday, June 29, 2011

Mercu Tanda Kebanggaan Malaysia


Litar Antarabangsa Sepang merupakan salah satu lambang keunggulan negara. Dibina pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Tun sendiri dikecam apabila cuba membina litar ni. Antara suara-suara sumbang berkata, “keja duk perabih duit rakyat”, “sapa nak pi race kat dalam kebun kelapa sawit tuh”. Tapi, lihat sekarang. Idea Tun menjadi ikutan setiap negara. Contoh, Singapore. Depa tak dak tanah, tapi nak buat jugak litar. Sebab depa tau, projek sebegini boleh membawa pendapatan lumanyan kepada negara. Kos litar ini yang berharga sekitar 200 juta lebih sebenarnya memberi pulangan yang begitu lumayan kepada Malaysia dari segi pengiklanan antarabangsa.
Untuk membuat iklan di negara-negara besar terutamanya, ianya memakan belanja yang begitu besar. Misalnya, utk membuat iklan selama 1 minit di Jepun, ianya memerlukan kita membelanjakan sebanayak ber billion ringgit Malaysia. Dengan adanya litar Sepang ini, kita mendapat pengiklanan percuma negara selama 3 hari dalam setahun serentak di berpuluh-puluh negara di dunia (terutamanya di negara maju). Kalau kos pengiklanan hendak dikira, ianya telah memakan berpuluh-puluh billiion Ringgit Malaysia.
Itu baru keuntungan dari segi pengiklanan, tak termasuk lagi keuntungan dari sektor pelancongan, perhotelan, perkhidmatan, makanan, penguasaan teknologi dan juga pertukaran matawang asing.
Tahniah Tun!

rumah minangkabau


muzium negara

Ini adalah beberapa gambar yang menjadi kebanggaan dan mercu tanda  Malaysia. Mercu tanda ini penting untuk menunjukkan keunikan Malaysia.